Thursday, 19 December 2013

SAUSAGE ROLL LAZAT

Saya menggunakan bahan dari  "PASTRY STORE" sememangnya owner kedai ini menjanjikan hanya produk yang terbaik barulah hasil yang diperolehi menyelerakan. Siap hantar kat rumah lagi, baik betul! maklum lah.. kalau beli berkotak2... 


BARANG YANG DI BELI


1) Tepung Roti   RM3.50 - 1kg

2) Gula Kastar    RM3.20 - 1kg

3) Yis Segera     RM8.40 - 500gm
    Brand WHITE ROSE/pkt

4) Susu Tepung  RM9.40 - 500gm
    NZ SKIM MILK/pkt

5) Mentega        RM11.80 - 1kg
     BUTTERCUP/tin


BAHAN NAK BUAT DOH

600gm Tepung roti
110gm Gula kaster
4 st     Yis Segera
10gm   Garam
20gm   Mentega
1biji    Telur
300ml  Air
16btg  sosej

BAHAN HIASAN

Sayur campur
Mayonis
Cili sos

BAHAN SAPUAN

1biji Kuning Telur
4sb  Susu Segar


CARA CARA

1) Satukan semua bahan kering dan gaulkan sebingga sebati hanya menggunakan tangan, mesin pun boleh.

2) Masukkan telur, kacau rata

3) Tuangkan air dan uli doh sehingga menjadi doh yang licin.

4) Bahagikan adunan menjadi 16 bahagian bulat2kan dan rehatkan selama 20min atau sehingga kembang.

5) Bila dah kembang ambil satu doh canai nipis dan letakkan sosej didalamnya, balut sosej dan potong bentuk sikat dan silang2kan potongan tadi.

6) Bila dah susun silang tadi cantik2 sapu dengan bahan sapuan, taburkan sayur campur diatasnya dan paip mayonis dan sos cili, ulang sehingga siap semuanya. 

7) Biarkan doh tadi kembang lagi seketika, dan bolehlah bakar pada suhu 185dc selama 12-15min atau sampai kuning keemasan. 




Saturday, 21 September 2013

7 tips menjadi blogger mahsyur seperti Hanis Zalikha

APA ITU BLOG
  • Laman peribadi
  • Catatan harian peribadi, majalah peribadi
  • Catatan pendapat yang tiada unsur hasutan, fitnah
  • Penulis blog aka blogger juga mudah disebut sebagai freelance reporter
7 tips berikut adalah langkah permulaan membina blog.

1.       ALAMAT BLOG
  • Senang eja
  • Senang ingat
  • Senang faham
  • Catchy
  • Unik
  • www.chempedakxyz.blogspot <-susah eja="" li="" nak="">

2. TAJUK BLOG
  • Sesuatu yang menarik perhatian
  • gunakan keunikan anda untuk tarik perhatian pembaca

3. TEMA BLOG
  • Ikut citarasa – jangan menyakitkan mata

4. TAJUK ENTRI MENGANCAM
  • Contoh tajuk akhbar


5. ISI ENTRI SETIMPAL
  • Tajuk entri tips menjadi blogger
  • Isi entri ada 1 tips sahaja, isi selebihnya lari dari tajuk

6. EJAAN YANG LENGKAP
  • Elak gunakan ak, aq, sebagai ganti aku
  • Gunakan bahasa yang orang faham
  • Penting untuk carian.
  • Contoh, nak cari lirik lagi Aku Cinta Padamu oleh Siti Nurhaliza, orang tidak akan taip aq cinta pdmu oleh ct nurhaliza

7. VARIASI TOPIK
  • Sentiasa pelbagaikan topik dan cuba ikut perkembangan semasa
  • Contoh entri yang mendapat hit
    • Lirik lagu terbaru
    • Resepi
    • Chord gitar / piano
Siapa Hanis Zalikha dalam 7 tips ini? Klik sini untuk kenali siapa blogger ini.